Bab 1.
Intan termenung panjang. Termenung memikirkan masa depannya. Setiap keputusan yang dia ingin buat, difikir sehabis - habisnya. Jam tepat menunjukan pukul 1 pagi, jarum saat bergerak lancar, detik demi detik. Suasana rumahnya sunyi sepi. Kawan-kawannya pula lena diulit mimpi. Intan masih duduk di sofa diruang tamu. TV masih lagi bernyawa melihat tuan empunya yang telah lama tidur. "Haruskah aku berhenti kerja.." keluh Intan seorang diri. Rupa-rupanya Intan dalam dilema untuk meneruskan pekerjaannya. Hatinya runsing, berbelah bagi memikirkan soal kerja. Kelmarin Natasha telah lulus temuduga di sebuah syarikat Multimedia di Cyberjaya. Natasha akan hantar surat berhenti kerja secepat mungkin. Notis 1 bulan. Natasha dan Intan adalah kawan baik sejak zaman Universiti lagi,tinggal satu rumah dan bekerja di tempat yang sama. Tapi kini, Natasha terpaksa berjauhan dengan Intan demi mengejar cita-cita yang mungkin dapat mencerahkan masa depannya.
"Seorang akan berhenti, tinggal lagi empat orang" Intan membayangkan jika Natasha berhenti, masih ada empat orang lagi kawannya akan tinggal. Aisya, Linda, Sofea dan Maria. Mereka adalah rakan sekerja dengan Intan dan mereka juga tinggal satu rumah. Berita tentang peletakan jawatan Natasha masih belum diketahui mereka. Jika mereka tahu, tentu mereka akan bersedih. Hubungan akrab mereka memang tidak dapat diduga lagi. sudah hampir dua tahun mereka bersama. Makan bersama, minum bersama. Pergi kerja bersama. Tapi kini masing-masing telah mula mencari haluan masing-masing.
Dua tahun lepas
Isnin 8hb Mei 2006
"Intan.." Jerit Natasha.
"Apsal kau menjerit ni pagi-pagi buta..." marah Intan kerana jeritan Natasha yang mengganggu tidurnya.
"Laa pagi apa pulak dah tengahari nih." balas Natasha dengan nada marah.
"Yeke " Terkejut Intan terus bangun dari tidurnya sambil mengosok-gosok matanya.
"Kau ingat tak kita pernah pergi temuduga kat Syarikat Ezy IT minggu lepas" Terang Natasha.
"Kita dapat offer kerja sana..!!" Jelas Natasha bersungguh-sungguh sambil memegang bahu Intan yang masih lagi mamai baru bangun tidur.
"Hah biar betul kau nih sha" Terkejut Intan sambil terbeliak matanya seakan tidak percaya. Intan dan Natasha adalah graduan lepasan Universiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Dan ini adalah kali pertama mereka mendapat tawaran kerja. Sebelum ini tidak pernah ada syarikat menerima mereka. Mungkin kegagalan dan kegugupan semasa menjawab soalan-soalan temuduga banyak menyumbang kegagalan mereka. Tetapi berkat usaha tidak putus-putus menghantar surat permohonan kerja, akhirnya mereka dapat ditawarkan bekerja. Di tempat sama.
"Macamana kau cakap aku dapat sama?" Tanya Intan ragu-ragu.
"Syarikat tu call aku, memula dia beritahu aku ditawarkan. Lepas tuh aku pun tanya la tentang status kau, orang tu cakap, kau pun luluskan juga, dia suruh kita lapor diri pada 15hb ni" Ujar Natasha panjang lebar.
Intan tersenyum lebar mendengar penjelasan dari Natasha. Kini Intan tidak akan lagi digelar pengganggur. Hatinya nyata tidak sabar-sabar untuk memulakan hari pertama di alam pekerjaan. Selepas mendengar berita gembira yang disampaikan oleh Natasha, Mata Intan terus segar dari kemamaiannya tadi.
"Aduh lepas ni tak boleh la aku nak bangun lewat lagi" Intan mengomel sorang-sorang. Intan memang dikenali di antara kawan-kawannya di Asrama Kolejnya seorang perempuan yang suka bangun lewat. Pernah sekali dia terlewat datang exam gara-gara terlewat bangun. Kali ini dia terpaksa bangun awal. Terpaksa melawan sikap pemalasnya yang sangat liat hendak bangun awal.
"15hb masuk kerja.. aduh hari ini 8hb, ada seminggu lagi..!!!!" Jerit Intan didalam hati. Tujuh hari lagi untuk dia melangkah ke alam pekerjaan. Tiada persiapan. Tidak tahu apa yang hendak dibawanya. Tiada pengalaman untuk dibawanya. Tetapi dia mempunyai teman untuk pergi bersama-sama. Intan kembali tenang kerana dia tidak perlu risau. Bukan dia seorang akan pergi ke tempat itu. Natasha pun akan berkerja ditempat sama. Selepas bersiap mandi dan berpakaian, Intan menuju ke ruang tamu mendapatkan Natasha. Natasha leka menonton television tidak sedar kedatangan Intan.
"Woit, kau dah makan ker?" tanya Intan yang kelaparan tidak makan sejak malam tadi.
"Dah, tuh nasi lemak kat atas meja, aku dah belikan untuk kau" Jawab Natasha sambil tangannya memegang remote control memperlahankan suara television.
Intan melangkah kakinya ke meja makan untuk mendapatkan nasi lemak. Bungkusan nasi lemak dibuka perlahan-lahan.
"Masih panas" Intan bersuara kecil tidak sabar untuk menikmati nasi lemak yang dibeli oleh Natasha.
***
Selasa 9hb Mei 2006
Kring..kring.. kring..kring.... telefon rumah berdering. Puan Zabedah terpaksa meninggalkan beras yang sedang dibilas untuk mengangkat telefon.
"Hello siapa yang bercakap tuh" Tanya Puan Zabedah.
"Mak..." suara perempuan memanggilnya. Puan Zabedah amat mengenali suara perempuan yang bercakap dalam telefon itu. Sudah 25tahun dia mengenali suara tersebut. Masakan dia boleh lupa suara itu.
"Intan ke ni" Pendek dan ringkas Puan Zabedah meneka suara perempuan tersebut.
"Intan ni Mak. Intan nak beritahu mak Intan ada berita gembira.."
"Berita gembira apa tuh Intan?" Tanya Puan Zabedah yang berjauhan dengan anaknya dan tidak bertemu dengan Intan sejak majlis penyampaian sijil Ijazah 3bulan lepas.
"Intan dapat kerja.. 15hb ni Intan masuk kerja.."
"Alhamdulillah, anak mak dapat juga kerja yea." Mata Puan Zabedah berkaca, sangat gembira serta sedih, selama ini dia selalu berdoa agar anaknya dapat bekerja dan berdikari sendiri. Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Hanya Intan anak tunggalnya sahaja yang dia ada. Segala permintaan Intan, dia akan turuti. Dia tidak mahu melihat anaknya berkesedihan. Puan Zabedah sudah tidak mampu untuk melahirkan anak lagi. 20 tahun yang lepas, Doktor melarang supaya tidak melahirkan anak lagi, kerana ketumbuhan didalam sistem peranakan sudah diperingkat berbahaya. Azman sangat sedih kerana isterinya tidak mampu melahirkan anak lagi. Tapi dia sedar, ketumbuhan itu boleh mengancam nyawa isterinya. Hampir empat minggu Puan Zabedah menangis dan bersedih mengenangkan nasibnya. Intan yang berumur 5 tahun masih kecil dan tidak memahami kesedihan yang dilanda oleh ibubapanya. Sejak kecil Intan tidak pernah mengenali, merasai erti kasih sayang adik, kakak, abang. Hanya kasih sayang dari ibubapa sahaja yang dia merasai.
"Intan kerja elok-elok yea. Jangan bangun lewat lagi. Jangan ponteng kerja tau."
"Baiklah mak, Intan akan kerja elok-elok. Mak, jangan susah hati, Intan akan jaga diri elok-elok. Lagipun Natasha pun dapat kerja kat tempat Intan juga."
Puan Zabedah tidak putus-putus menasihat Intan. Dia sedar ini kali pertama anaknya mendapat kerja. Intan masih mentah, tiada pengalaman, mudah menangis jika dimarahi. Dia sangat risau bagaimana Intan akan dapat menghadapinya. Tetapi ini peluang terbaik bagi Intan untuk belajar sesuatu yang amat berguna, menghadapi dunia sebenar, dunia pekerjaan yang penuh pancaroba tidak seperti zaman universitinya. Jika di universiti mereka boleh meniru tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mereka boleh ponteng kelas tanpa memberi sebarang notis. Tetapi di alam pekerjaan, mereka dibayar gaji untuk menyiapkan kerja. Masakan kerja pun boleh ditiru.
Setelah menamatkan perbualan telefon, Puan Zabedah kembali melangkah kakinya ke dapur untuk membilas beras. Hatinya terasa tenang kadang - kadang dibayangi kebimbangan apabila memikirkan tentang anaknya yang masih mentah untuk menghadapi rintangan yang bakal dihadapi anaknya.
***
Bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kawan kawan intan pasti akan tau jika mereka membaca blog kaizal.
keep up the good work.
Post a Comment