Friday, April 18, 2008

Pengalaman hari pertama INSTUN Part 1

Perasaanku membuak-buak kerana tidak sabar untuk datang ke instun. Kerana ini kali kedua aku diarahkan utk datang ke INSTUN. Tetapi siapa yang suka datang INSTUN. Tiada apa disini. Hanya bertemankan flora dan fauna sahaja. Tetapi aku terpaksa untuk menjalankan tanggungjawab demi menjayakan projek e-Tanah.

Kedatangan aku ke INSTUN ini ditemani kerol botok selaku pemandu utama. Apa yang aku ragui, Kerol Botok seakan-akan gembira apabila diberi arahan untuk ke INSTUN. entah kenapa dia berperasaan demikian. Mungkin dia sudah terlalu rindu kawannya yg berada di INSTUN. Owh! sebelum terlupa, Sebelum aku dan Botok diarahkan datang, satu kumpulan kami telah ke sana terlebih dahulu. "Din Stim adalah orang yang Kerol Botok ingin jumpe kot", itulah yang bermain dimindaku. Arrghh.. tensen.. Seronokla Botok. Aku? Aku ikut sahaja.


Seperti biasa perjalanan dari Seberang Perai ke Tanjung Malim bukannya dekat. Hampir 3 jam masa yang diambil untuk sampai ke sana. Dalam perjalanan ke sana memang boring. Botok pulak asik bukak lagu Dance dia. "Dum Dum Dum!!!" itula lagu dia bukak. Singgahan pertama kami sebelum sampai ke INSTUN adalah Tapah.

Tapah adalah destinasi orang ramai untuk datang berehat. Kami juga tidak terlepas peluang untuk berehat di situ. Tetapi niat kami untuk ke Tapah bukanlah untuk berehat, tetapi si Botok ini mahu melepaskan hajatnya. Ces.. Hilang selera makan aku. hahaha.

Selepas selesai melepaskan hajat, kami meneruskan perjalanan.


Sesampai aku di INSTUN, aku mendapati beberapa buah kereta yang banyak parking di Bangunan Akademik B. "Ermm ini mesti bos2 dah sampai nih " jelas aku kepada Botok. Botok cam biasala bila aku bagitau dia mesti buat taktau. Tetapi tetiba jer menyampuk "Mal tuh kereta Sayap ada tuh". Aku pun menghala pandangan aku kearah yang Botok tunjuk. "Ohh itu kereta Cyberdin!!..". Kami bergelak ketawa. Bukan gelakkan keretanya. Tetapi tergelak teringat keadaan Cyberdin yang selalu terkejut apabila disuruh pegi INSTUN.

Selepas Botok parking keretanya dibelakang kereta sayap, aku pun melangkah keluar. Aku ternampak kelibat manusia keluar dari bangunan. Cyberdin, syalida, mell dan ros melangkah keluar dari Bangunan Akademik B. Aku terus lantas bertanya kepada mereka. "Cyberdin, Din Stim ada dok???" seloroh aku dengan loghat terengganu. Si Botok pulak terkinja-kinja menanti jawapan Cyberdin. Yealah Si Botok nih datang INSTUN nih semata-mata nak jumpe Din Stim je. Hampeh."Ada! Ada!.. ada dalam nung, gi aaah masuk, aku nok gi surau jap..." jawab si Cyberdin tergopoh -gopoh ke arah kereta sayapnya.

Aku tersengih tengok gelagat Cyberdin bersama awek2nya. Tidak lama kemudian kelibat Din Stim pun muncul datang kearah kami."Ini mesti nak jumpe Botok nih.." kata aku dalam hati.
Gelak ketawa kami di kawasan parking memecah kesunyian di kala petang di INSTUN, mana tidaknya tak berjumpa ngan Din Stim hampir dekat 5hari. Aku ternampak riak muka Din Stim yang agak lesu duduk di INSTUN. Belum sempat aku bertanya khabar, Botok cepat-cepat menanyakan soalan yang hampir sama aku ingin tanyakan."Demam" jawab ringkas Din yang tidak bermaya.

Selepas seronok berjumpa kawan karib, Din Stim, kami pun melangkah masuk ke dalam Bangunan Akademik B.

"Assalamualaikum" aku memberi salam kepada penghuni yang tengah asyik menguji sistem e-Tanah. Semua orang terkejut kerana terlalu asyik membuat sehinggakan lupa ada orang masuk bilik Training. Raja menoleh dan tersengih panjang kerana mungkin kedatangan kami ini dapat mengisi ruang kesunyian yang dia telah hadapi selama beberapa hari kot..

Aku dan Botok melabuhkan punggung duduk dikerusi yang telah disediakan. Aku pun dengan serta merta membuka beg untuk mengeluarkan laptopku yang selalu hang bila buka JDEV. Si Botok pula, selepas dah cop tempatnya bingkas bangun untuk melihat suasana bilik Training. Si Din Stim pula seperti telah disihir oleh Botok, ikut jer kemana Botok pergi.

Si Raja pula masih tersengih-sengih. "Apa ntah budak ni nak, nak kene lepuk ke apa" getus aku dalam hati. Tetiba dia bangun dan menghampiri aku. "Mal, coding yang ko buat tuh ada error.." jelas Raja pada aku."Arrghhh mati aku.. kena repair coding plak" keluh aku sorang diri. Mahu tak mau, memang dah tanggung jawab aku. Perlahan - lahan aku bangun, menghampiri laptop Raja. Raja lak terkebil-kebil melihat aku betulkan coding. Si Norli lak dah tersengih-sengih kat aku. Berhempas pulas aku cuba membetulkan coding, akhirnya aku gagal. "Memang tak boleh betulkan nih" ujar aku pada Raja. Raja dan Norli Berpandangan. "Macamana eh, flow ini nak tunjuk nanti semasa pengujian" keluh Norli dengan muka sedih. Aku pula dah jem.

Si Botok pula masih merayau-rayau ke hulu ke hilir, akhirnya dia duduk tempat Din Stim. Rupanya dia hendak betulkan masalah Modul yang Din Stim buat.


Tepat pukul 6:30 petang, Aku masih di INSTUN. yealah takkan aku dah blah. Kerisauan aku telah terdetik di dalam hatiku. Kerana aku merancang dengan Botok untuk selesaikan masalah INSTUN dan terus balik Seberang Perai. Tetapi rancangan aku punah, lebur dan luluh. Bos memberitahu aku supaya aku duduk di sini sampai esok. "Owh tidak...." aku keluh lagi. Botok pula memberi respon lain. "Botok suka la duduk sini dapat jumpa Din Stim" kata aku seorang diri lagi.

Fajar telah menyising berwarna jingga menyimbah segenap pelusuk awan. Aku pula berdiri memegang erat beranda di luar Bilik Training. "Wahhh cantiknya waktu petang.." kata aku seperti orang tidak pernah melihat suasana demikian. Tapi bagi aku, bukan aku seorang akan terkejut. Jika budak-budak ofis tengok suasana macam ini, mesti mereka akan memberi respon yang sama seperti aku. Kenapa? Kenapa mereka akan terkejut? Kerana mereka juga seperti aku, balik ofis pada waktu malam, jadi mana sempat hendak melihat suasana petang macam ini.

"Mal, buat apa tuh ?" tegur Din Stim sambil mencucuh api pada rokoknya.
"Tuh tengok Awan" bagitau aku seperti baru lepas mengalamun.

Botok dan Raja pun turut serta melangkah keluar dari Bilik Training dan lepak bersama aku.
"Mal, malam ni kita nak tido mana ?" Botok bersuara. Jelas dari pertuturan Botok, aku amat yakin yang si Botok ni amat risau padabila memikirkan soal tempat tinggal.

"Erm.. Bad kasi aku kunci" jelas aku.
"B-3-80" kata aku pada Botok sambil menghulur kunci bilik yang aku terima dari En Bad.
Seolah-olah terkena kejutan elektrik Botak secara tetiba tersenyum lebar.
"Mal, malam ni kita gi Karaoke la.." Tetiba Din Stim mencelah memberi cadangan kepada aku.

Sekarang bilik untuk tidur malam ini sudah ada.Melihat No Bilik yang terpapar pada kunci, jelas ini seperti asrama ni. Din Stim pulak sanggup lari dari hotel semata-mata mahu bersama dengan Botok malam ini. Raja?? Mustahil Raja mau tinggalkan Hotel.

No comments: