Saturday, April 19, 2008

Pengalaman hari pertama INSTUN Final

Cengkerik berlagu sudah. Suasana hening malam menjelma.. kini tiada lagi cahaya matahari menerangi pelusuk bumi. Memang waktu malam. takkan ada matahari.

"Vroom.." Kereta Botok memecut laju memecah kesunyian malam. Aku, Botok dan Din Stim bergelak ketawa didalam kereta sambil menanti tempat tinggal yang hendak dihuni. Mataku ke kiri ke kanan melihat bangunan-bangunan disekeliling kawasan INSTUN. Hati aku tetiba rasa tidak selesa. Ketakutan terus bermain-main didalam fikiran. "Ada orang tinggal ker kawasan ni, ada hantu tak nih? si Pinky akan datang ketuk pintu tak?" timbul pelbagai persoalan yang bermain-main difikiranku lagi. Botok memberhentikan keretanya betul-betul didepan papan tanda Asrama Lelaki Blok B.

Akhirnya sampai juga aku di asrama. Aku melangkah keluar dari kereta. Mataku masih lagi tercari-cari, meneliti keadaan setiap sudut bangunan.
"Sunyi" kata aku kepada Botok dan Din Stim sambil mengangkat laptop dari bonet kereta. Terasa seperti ada orang sedang memerhatikan aku bertiga. Seakan-akan setiap pegerakan langkah kami dipantau oleh sesorang. Mungkin perasaanku kot. Bukannya aku nak fikir bukan-bukan, tetapi aku cukup berhati-hati apabila tiba tempat baru. Dah la tempat jin bertendang. keke. Lepas tuh datang tempat orang, mesti kene ikut adat perpatih. huhu.

Aku memulakan langkah kakiku bergerak menuju ke bilik B-3-80. Botok dan Din mengekori aku dari belakang. Aku mengetuai misi mengembara ke bilik tidur. Ces.. hendak ke tempat tidur pun ada misi. Misi ini penting, aku berpesan kepada Din dan Botok, jika ternampak sesuatu yang menakutkan dan atau penjahat atau UFO, cepat-cepat lari. Jangan terkucil pulak.

Jam tanganku menunjukkan pukul 8.30 malam. "Masih awal, takkan dah sunyi sepi, kata ada orang lain jugak tidur sini, tapi macam terasa duduk di hutan." kata aku sorang - sorang. Botok dan Din hanya mendiam diri tidak bercakap sepatah dua pun seakan sudah bersedia untuk cabut lari jika berlaku tidak diingini. Jika waktu sebegini di Seberang Perai, aku dan budak opis sedang hangat bermain intenet. Lebih-lebih si botok, jika waktu seperti ini dia pasti tidak kebosanan malah sempat ketawa sorang-sorang apabila melayari youtube atau malaysiakini. Din pula jika waktu sebegini sudah tentu melayari ym.Aku pula, jika waktu sebegini sudah tentu aku membelek-belek utusan malaysia online atau melayari forum.cari. Hanya itu sahaja yang aku dapat mengisi kekosongan setelah penat membuat kerja dari awal pagi. Tidak pun mengacau mekna buat kerja atau bermain gitar bersama shahir.

"Tingkat mana Mal?" tetiba Botok bersuara bertanya pada aku yang sedang mengelamun mengenangkan nasib diri.
"Tingkat 3 la. kan kat kunci tuh ada tulis no 3.." jawab aku dengan yakin kepada Botok. Walhal aku pun tak tau bilik mana dan tingkat mana. Berdasarkan maklumat pada kunci ini, aku yakin mesti betul punya tekaan aku. Aku terus ke mencari no bilik. Tetiba aku terdengar perempuan menjerit kuat dan bercampur dengan orang ketawa dengan kuat. Aku, saling berpandangan dengan Botok dan Din. Peluh mula menitik dan mengalir didahiku. Aku tercari-cari dari mana datangnya arah suara tersebut. Aku berpaling kekiri, kekanan. Memang tiada apa. Tapi mana datangnya suara yang menakutkan tu. Tetiba aku ternampak satu pintu terkangkang luas terbuka. Aku ternampak kelibat manusia sedang menonton TV. Ces rupanya suara yang datang tadi itu rupanya dari TV.. aku menarik nafas lega. Aku pun berpaling untuk melihat keadaan kawan aku. Kot kot dah pengsan ker. Muka Botok dan Din kembali ceria kerana mendapat tahu ada penghuni yang duduk disini. Ingatkan hanya aku bertiga sahaja yang berhuni disini.

Aku meneruskan perjalanan aku. "Ni dia B-3-80!!!" cepat-cepat Din menuding jarinya ke arah pintu bilik. Akhirnya kami dapat juga menjejak kaki ke bilik. Setelah masuk kedalam bilik aku cepat-cepat membuka laptop. Seperti biasa, bila dah buka laptop mesti hendak cuba access intenet. Aku meletak laptop aku diatas meja. Si Botok pula sambil baring bermain laptopnya diatas katil. Din? Din tahu jelah, setelah dia meletak laptopnya di lantai, dia terus melangkah keluar dari bilik, bergayut la tuh. Aku pun melabuh duduk dikerusi sambil melihat keadaan bilik. Katil ada 2, ada dua meja dan kerusi, tandas mesti ada.

"Luas gok bilik ni" bagitau aku kepada botok. Botok pula hanya mengangguk buat taktau sambil jari jemarinya ligat menekan papan kekunci laptopnya. Ces sabar jealah melayan kerenah botok ni. Aku pun terus melayari intenet. kekadang membuka perisian gtalk sesambil cuba menguji sistem e-Tanah. "Ting" tetiba layar gtalk aku berkelip-kelip tandanya ada orang sedang menghantar mesej. Aku cepat-cepat menghala tetikus menekan layar gtalk tersebut untuk membaca mesej. Rupanya Rajib bertanya khabar. Aku pun berborak-borak dengan rajib melalui gtalk. Rajib memberitahu aku dia telah berjaya memanggil page error jika berlaku null pointer. "Hebat rajib nih" kata aku sorang-sorang. Si botok pula asyik bermain laptopnya sambil menonton tv streaming. Din masih belum masuk bilik lagi, masih bergayut. Aku pula sedang belajar dari rajib cara-cara hendak memanggil page error.

"Syiuuuhhhhhh......" angin malam yang dingin. Langsir putih pada tingkap berkibaran ditiup angin malam. Botok yang asyik bermain laptop tersentak, terhenti seketika dan mendongak kearah tingkap. Seakan menarik minatnya, dia turun dari katil dan terus mendekati tingkap tersebut. "Mal.. belakang ni hutan mal.." bagitahu botak kepada aku. aku lantas menjawab "Abis ko ingat ada fun fair ker belakang nih". Tersengih botok mendengar aku buat lawak sambil menyelak langsir untuk melihat lebih jelas lagi permandangan malam.

Gelap gelita, tiada kicauan burung. tiada unggas-unggas berbisik. Yang tinggal hanya cengkerik-cengkerik yang sedang menguji suaranya menguasai suasana malam yang sepi.
"Kreeeek" Aku dan botok lantas berpaling ke arah bunyi yang secara tiba-tiba berbunyi. Daun pintu berpusing dan pintu terbuka. Rupanya din yang membuka pintu, selepas penat bergayut baru reti nak masuk bilik. Din cuba hendak mengunci pintu. Dicuba berulang kali tapi masih gagal hendak mengunci pintu. Aku dan botok terasa pelik. Kalau bilik ini tidak boleh dikunci, bahaya la nanti jika masuk perompak. Aku dan botok bergegas ke arah din yang masih mencuba nasib untuk mengunci pintu. Apa boleh buat, kami gagal mengunci. Jadi kami biarkan pintu ditutup tidak berkunci.

Dengan perasaan hampa, aku kembali duduk depan laptop. Botok dan Din sudah berada diatas katil. Jam tangan aku tepat menunjukan 11 malam. Patut la din bersiap sedia untuk tidur, memang ini waktunya untuk dia tidur. Si botok pulak masih terkebil-kebil sambil menumpu perhatian pada laptopnya. Entah apa yang dia tengok. Rajib pula dah offline, ayat terakhir rajib dalam gtalk "Mal aku dah nak balik, ezri dah tunggu". Mungkin dia dah penat berjalan satu hari di Seberang Perai, kerana kebiasaannya dia pulang lewat tetapi harini awal pulak dia balik. Biasala pukul 9.30 malam tadi dia, mekna, ezri, safwan, harun dan afzan tengok wayang cerita Congkak. "Cerita Congkak? menonton pada waktu malam? Berani pulak si mekna tengok cerita hantu." kata diri aku sendiri sambil teringat dia diusik oleh farid, aku dan shahir semasa hendak balik kerja pada waktu malam. Bukan main takut lagi kalau diusik semasa hendak pulang pada waktu malam. Ezri pula memang kaki cerita melayu. Cerita drama apa, semua layan. Samarinda? Spa Q.Perangainya sama seperti mekna yang suka menonton cerita drama siri contoh kahwin muda, itu cerita indonesia. Tepat pada waktu petang semasa waktu rehat mesti dia menonton cerita tersebut, mungkin jalan cerita itu dapat menambat hatinya. Mana tidaknya cerita itu semakin sensasi di Malaysia. Apa yang kutahu cerita kahwin muda ini adalah produk terbaru PT. Soraya Intercine Films. Mungkin itu adalah cara terbaik baginya untuk melepaskan tekanan kerja dan bebanan otak dengan melihat lakonan agnes monica atau mungkin dia telah jatuh cinta dengan lakonan okan kornelius yang kerap bersikap ego.

Sambil aku mengelamun, aku berpaling kearah belakang, botok dan din dah terlena. Tinggal aku sorang lagi yang belum tidur. Tingkap pula tidak tutup. aduh.. Biarkanlah. Baik aku melayari intenet serta melihat senarai nama-nama orang yang sedang online sambil periksa performance Server e-Tanah. Bila tengok senarai gtalk aku yang bernyala hijau ni, terpikir aku menitip kerisauan kawan-kawan aku yang balik ofis lewat malam, pastu sorang-sorang pula, sampai dirumah duduk sorang-sorang. Harap-harap lepas ini biarlah berteman semasa balik, tidak pun balik awal sikit. Dah la setiap rumah sewa budak ofis pernah dimasuki pencuri, nasibaik diri tidak diapa-apakan. hanya telefon yang dicuri. Nasibaik telefon ada dua. So satu hilang, satu lagi boleh jadi penganti.

Suasana sepi. mataku pun sudah mula bermain-main. kejap tutup kejap buka. Badan dah rasa lenguh. Kaki masih terasa sakit. Sakit sebab bermain badminton semalam. Biasala aku bukan orang yang aktif bersukan. Tetapi kerana ingin melihat kawan aku bermain badminton, secara tidak semena-mena aku pun turut serta bermain. Safwan, zaki, hazrul, shahir, harun, afzan, amyanti dan mekna adalah pemain tetap disitu. Atas ajakan shahir, aku terpaksa turun untuk bermain bersama. Aku tidak pernah bermain badminton malah memegang reket pun tidak betul apatah lagi untuk berlawan dengan mereka. kekeke. Akhirnya aku kecundang bermain badminton. Si Shahir pula telah tercedera. dapat MC. kuikui. Sepatutnya aku datang untuk menonton pertemuan antara mekna dan shahir. Kerana pada waktu pagi semalam aku telah mengaturkan perlawanan antara mekna dan shahir. Si shahir tampak yakin dapat mengalahkan mekna dengan mudah. Tetapi mekna menegaskan yang dia pernah kalahkan shahir pada pertemuan yang lepas. Aku seperti batu api terus mengaturkan perlawanan supaya dapat menyelesaikan masalah mereka.

Jam tepat menunjukan pukul 2 pagi.

You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on.
We'll stay, forever this way
You are safe in my heart

and my heart will go on and on.

Bait-bait lagu My Heart Will Go On menusuk beralun-alun ke ruang legar memecah kesunyian dan terus membuatkan aku tenggelam mengelamun panjang teringat kisah cerita titanic sekaligus mengimbas kembali kenangan aku semasa bercinta dengan isteriku di UTM. Tiada lagi bunyi cengkerik berlagu seakan-akan tunduk kalah kepada Celion Dion yang sedang mengalun lagunya.

"Apakah masih ada orang yang belum tidur di kala masa ini?" tanya diriku seorang diri walaupun sedar yang menjawab soalan aku nanti adalah aku juga. Mungkin pegawai keselamatan kot yang masih berani untuk memastikan keadaan terkawal atau peminat badminton yang setia menonton perlawanan ulangan badminton di tv1 sampai sanggup tidur lewat malam.

Lagu Celion Dion sudah sampai penamatnya dan lagu tadi adalah lagu terakhir dalam senarai mp3 aku. Akhirnya aku terpaksa merehatkan badan aku iaitu tidur, esok hendak bangun awal sebab orang QAG hendak menguji sistem etanah. Tapi aku tidak membuat apa-apa persiapan.

Terasa kesejukan angin malam yang tidak terhenti-henti memasuki bilikku melalui tingkap. Kipas disiling ligat berputar. Teringat kata-kata din,"Mal aku perlahankan kipas ni yea.." itulah kata-kata terakhir din yang tidak tahan kesejukan sebelum terlena tidur. Aku bingkas bangun dari kerusi, memulakan langkah kecilku menuju ke katil. Sambil menyapu habuk-habuk di katil sebelum tidur, aku terfikir "Masih ada berapa orang lagi staf yang tinggal untuk menyiapkan sistem ini." keluh aku. Tiba-tiba sahaja aku menjadi mengambil berat tentang projek yang sedang aku bangunkan. Sudah ramai orang yang berhenti, dan masih ada yang menanti jawapan panggilan IPTA dan tawaran syarikat lain. Ada yang dapat tawaran kerja, tetapi masih sayangkan syarikat ini jadi terpaksa menolak tawaran, malah ada juga sanggup tolak tawaran kerana tidak sampai hati meninggalkan rakan-rakan, mungkin telah jatuh cinta kot, siapa tau? hati masing-masing. Dan masih ada yang setia dengan projek ini, masih berusaha gigih. Aku mula merenung panjang dan jauh sambil berbaring di katil. Siling ini warna putih. itu permandangan dari mataku sebaik sahaja aku baring. Botok dan din sudah lena tidur, mungkin sedang berkejaran dengan bidadari didalam mimpinya.

"Botok! mung jahat botok.." tetiba din bersuara. Aku terkejut dan berpaling. Ini mesti mengigau ni. Entah-entah si din ni bermimpi bergaduh dengan botok.Ini mesti terlalu penat sangat sehingga mengigau pulak tu. Suasana kembali menjadi sunyi dan sepi. Din tidak lagi mengigau. Botok pula sudah tidur mati. Aku pula masih lagi tercari-cari kata laluan untuk melenakan diriku.. Jam menunjukan pukul 2.30 pagi. Waktu yang dingin. Angin sempoi-sempoi tidak segan masuk kedalam bilikku tanpa dijemput. Aku menjengah leher ku kearah tingkat untuk memastikan tiada orang mengintai kami tidur. Kot kot mak lampir atau kak ponti ambil shif malam dekat area INSTUN pada malam ni. Seram... tiba-tiba bulu roma meremang.. tanda seperti ada hantu memerhatikan ku. "Arghh mainan perasaan jer.. "kata ku untuk menyedapkan hati aku dikala malam yang sunyi ini. Teringat aku semasa aku baru sampai di INSTUN iaitu semasa melaporkan diri di Pondok Pengawal. Aku dan botok keluar dari kereta untuk menulis nama.

Pegawai keselamatan bertanya kepada aku "Ini datang untuk pengujian sistem ker??", tanya pegawai keselamatan dengan penuh minat.

"a'ah", tutur aku dengan penuh sopan dan ringkas.

"Ramainya yang datang, bertambah lagi orang..." kata seorang pengawai keselamatan yang bertubuh kurus berpakaian segak dan kemas berwarna putih.

"Bang, tak takut ker duk berjaga memalam kat kawasan ini. tak terserempak dengan hantu ker??" pertanyaan aku yang boleh dikategori sebagai soalan amat celupar terus singgah tajam kepada pegawai keselamatan.

"aiii mana ada, tak ada la kat sini" jawab pegawai tersebut dengan lancarnya seolah-olah menyakinkan aku bahawa tiada gangguan dikawasan ini. Aku mendongak jauh kearah bangunan-bangunan INSTUN.

"Sunyi.. kosong. tiada orang langsung" melirik aku didalam hati. Tiada keriuhan suara-suara manusia seperti mana aku berada di bumi Seberang Perai. Tiada desupan kereta yang silih ganti untuk memecah kesunyian kawasan ini. Memang tempat jin bertendang. hehe.

Jam 2.45 pagi. aku terjaga dari lamunan. Mata aku masih lagi terkebil-kebil. Akhirnya aku terlena.....

Hari kedua, pada pukul 8.30 pagi, kami bertiga telah bersiap sedia untuk bergerak ke bilik Training. Atas niat hanya untuk bersarapan bukan untuk bersiap sedia QAG. Kabus diluar bilik masih tebal. Hutan dibelakang asramaku menghijau. Burung-burung mula berkicau-kicauan. Aku bersemangat untuk memulakan hari baru. Botok dan din juga telah bersiap mandi dan berpakaian. Kami pun membersih dan mengemas segala barang-barang kami dan melangkah keluar dari bilik. Tiada satu pun barang yang ditinggalkan kerana beranggapan kami akan pulang Seberang Perai hari ini.

Sesampai aku di bilik Training, aku ternampak haji-haji, dr nas, matdin dan SA-SA sudah sampai dahulu dari aku. Ternampak sekumpulan orang QAG sedang berkumpul bersiap sedia untuk memulakan pengujian sistem. Aku bertiga cepat-cepat mengambil tempat dibelakang sekali. Seperti biasa, sampai je dimeja, aku terus membuka laptop. Din pula terpaksa menyerah laptopnya kepada SAnya si Yana kerana laptop Yana telah hilang. Cyberdin dan Raja datang ke arah kami seakan mahu menyambut kedatangan kami.

"Kami dah sarapan tadi" ujar Cyberdin dan Raja. Ces.. Mereka menghampiri aku semata-mata memberitahu mereka sudah bersarapan. Mentang-mentang aku belum bersarapan. Terpaksa la aku ikat perut setengah jam lagi untuk bersama-sama orang QAG menikmati sarapan di kantin. Sambil menanti waktu rehat yang masih belum kunjung tiba, jari aku ligat menaip url untuk melayari intenet. Si Din pula seperti orang mati kutu kerana laptopnya sudah tiada, cuba untuk menyibuk duduk sebelah aku kononnya turut serta melayari intenet dan membuat kerja bersama-sama aku. Ces kacau daun sahaja. Luku karang... Si Botok pula buat-buat membuka putty kononnya hendak tengok error dalam fail log. Si Raja pula tersengih-sengih. Dari semalam tersengih-sengih. Tetapi kali ini dia bukan tersengih-sengih memandang aku, tetapi tersengih-sengih tengok monitor laptopnya.

"Oooo layan manga eh!!" Sergah botok kepada raja yang sempat memandang kearah monitor laptop raja. Raja menjadi terpinga-pinga terkejut apabila botok menyergah dia dari tepi.
"Arghhh biasala, keje aku dah setel" lawan raja. Budak raja memang suka melawan orang. Tetapi dia sangat tekun jika membuat kerja. Selagi kerjanya tidak siap, dia akan terus mengadap laptop dan cuba menyiapkan kerjanya sedaya yang boleh dan sehingga berpuashati. Bos-bos kehulu kehilir untuk memastikan pengujian QAG kali ini betul-betul berjaya. Sa-sa pula sibuk menyediakan data dan membuat pengujian sistem berulang kali.

Lebih kurang pukul 9.30pagi, pengerusi majlis menjemput kami semua menjamu selera di kantin. Yes.. ini la saat yang ditunggu-tunggu. Aku, botok, din dan raja cepat-cepat keluar dari bilik training dan menuju ke arah kantin. Makanan yang disediakan seperti biasa, nasi goreng, mee goreng dan kuih karipap. Din orang pertama yang mengambil pinggan, aku orang kedua, botak ketiga dan raja keempat. Seperti budak asrama kelaparan beratur mengambil makanan. "Tapi si raja nih dah sarapan, lapar lagi ker?" kata aku dalam hati sambil menyeduk nasi goreng.

Aku dan din mencari meja untuk bersarapan. Sambil duduk aku menyambar karipap din.
"eh wah sedap baham karipap aku!!" kata din tidak berpuashati dengan perangai aku. "Arrghh kan ada dua biji tuh.. ko satu, aku satu" jelas aku pada din.
Tengah seronok makan karipap, din bersuara "Sibaik mung baham karipap aku tadi, tak sedap la karipap nih". Ces aku pun dah termakan. makan jealah. huhu. Raja dan Botok pula tengah asyik mengasingkan kacang hijau dan biji jagung. Si raja nih mana suka makan sayur-sayuran. Taugeh pun dia tidak suka makan. Entah apa perangai si raja nih. Makluk asing kot. Tengah asyik makan, din bersuara, "Eh hanya kita jer ker orang ilaunch, orang lain yang makan tuh semua orang QAG..." kami berempat pun ketawa membayangkan sikap yang tidak sabar untuk bersarapan. Tidak lama lepas itu, barulah staf-staf ilaunch lain menuruni tangga menuju kearah kantin. Semasa itu kami berempat dah siap makan. Kami pun beredar dari kantin bergegas naik ke bilik training. Raja dan din pula sempat menyalakan rokoknya dulu. Biasalah selepas makan, mesti disertakan sesi menghisap rokok dulu. Kami melepak diberanda di depan bilik Training.

"Fooohhhh" hembusan pertama rokok dari din membuka tirai perbualan kami berempat yang sedang berdiri diberanda. Seperti budak-budak sekolah sedang ponteng kelas. Aku cuba memberi cadangan pada mereka untuk pergi ke kolam renang. Tapi cadangan aku telah ditolak mentah - mentah oleh budak bertiga ni. Alasan jauh. Cakap jealah malas. Jadi waktu pagi yang boring ini, kami tiada aktiviti hendak buat. hanya duduk termenung diberanda sahaja. Sesi pengujian sistem bermula semula. Kami berempat masih duduk diluar. Kerana kami tidak perlu buat apa kecuali jika berlaku error atau server down. Kami bertiga masih diberanda hanya dapat menikmati permandangan luar dari tingkat 4 untuk menghilangkan rasa boring yang teramat. Hujung minggu yang boring.

"Kalau la dalam INSTUN ni ada panggung wayang tentu seronok ni" aku membayangkan sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku. Din dan Raja masih kusyuk melayani rokoknya. Botok pula mengelamun sorang-sorang. Tentu teringat kat aweknya kat kampung kot.

Tengahari telah menjelma, aktiviti paling ditunggu-tunggu oleh kami berempat iaitu makan tenghari. Walaupun makanan sarapan pagi tadi masih belum dihadam sepenuhnya lagi. Tapi kami berempat sudah tidak sabar lagi untuk turun ke kantin. Selepas pengerusi majlis mengumumkan waktu rehat, kami pun terus turun ke kantin untuk menjamu selera tenghari. Makanan disediakan secara buffet, jadi masing-masing terpaksa beratur untuk mengambil makanan. Kami berempat menjadi orang pertama terawal mengambil makanan dan duduk satu meja yang boleh memuatkan 8orang.

"Mal kenapa mung duduk meja ni?" Soal din kepada aku.
"Nanti bos-bos pun nak lepak kat meja ini jugak." bagitahu din kepada aku. Din seperti penganalisis forex tangkas membuat andaian berasa bimbang jika bos-bos akan turut serta duduk semeja dengan kami. Yealah si din ni pemalu sikit bila makan bersama bos-bos lagipun untuk bergelak ketawa sambil makan terbatas nanti. Tekaan din betul-betul mengena. Tetiba bos-bos memang benar-benar datang duduk semeja bersama kami. Aktiviti kutuk mengutuk raja mengasingkan sayur-sayuran terpaksa dibatalkan kerana bos-bos makan bersama kami. Kesempatan itu pula aku gunakan untuk bertanya kepada bos untuk memberi pelepasan aku dan botok pulang ke Seberang Perai. Jawapan yang paling dinanti, Bos bersetuju dan membenarkan aku dan botok balik. Yes.. dapat balik. Din dan raja terkebil-kebil seakan mahu mengikut aku dan botok pulang Seberang Perai. Selepas siap menikmati makanan dengan perasaan girang teramat kerana dapat melepaskan diri dari INSTUN. Aku pun cepat-cepat membasuh tangan dan terus naik keatas. Din , botok dan raja mengekori langkahku. Dengan raut wajah muka din dan raja ingin meminta belas kasihan untuk membawanya pulang jelas terpapar. Bagi aku dan botok tiada masalah untuk mengajak mereka pulang. Tetapi dia mesti bertanya kepada bosnya terlebih dahulu.

Cepat-cepat aku dan botok naik ke bilik training untuk menyimpan laptop didalam beg. Din dan Raja sudah susah hati sebab mahu ikut kami pulang. Din cuba menelefon bosnya Yana. tiba - tiba din senyum lebar kerana bosnya membenarkan dia pulang. Semasa din tengah bercakap dengan bos melalui telefon, raja sempat menyuruh din menanyakan kepada noli kerana ingin meminta perlepasan untuk balik juga. Seperti diduga kami berempat dapat balik bersama-sama.

Dengan tidak sabar untuk balik, aku terus bergegas kearah kereta sambil diekori botok , din dan raja sambil membawa beg plastik cenderamata instun. Akhirnya kami berempat dapat bertolak pulang tanpa halangan. Aku juga tidak sabar untuk sampai Seberang Perai untuk mengetahui keputusan badminton antara bergu malaysia. Dalam perjalanan, din sempat mengingatkan kepada botok supaya singgah Perhentian Tapah untuk membeli rokok. Aku pula duduk diam sambil menumpu perhatian pada jalanraya, kot-kot ternampak polis sedang membuat perangkap laju, boleh aku bagitahu kat botok supaya perlahankan kereta. Tidak sampai 5minit, raja dan din tertidur kat belakang. Ces. cepat sangat terlena. belum sampai separuh jalan dah tidur. Kereta botok meluncur laju memintas lori-lori dan motosikal. Hanya itu sahaja kenderaan yang mampu botok boleh pintas. Lebih-lebih lagi memintas lori semasa mendaki bukit. Ces.....


Akhirnya aku sampai di Seberang Perai. Aku cepat-cepat melangkah keluar dari kereta dan terus merangkul beg aku terus naik Ofis. Botok, raja dan din terus meluncur laju pulang ke rumah. Aku pula terus buka laptop untuk melihat keputusan Badminton. "KALAH, MALAYSIA KALAH" keluh aku sorang diri, kerana itulah satu-satunya pemain tunggal negara yang dapat meneruskan cabaran untuk memasuki peringkat terakhir.... aduh.. aku kalah bet.. terpaksa belajar makan.

Selepas mengharungi liku-liku pengembaraan dari Seberang Perai ke INSTUN dan kembali semula Seberang Perai, tiba - tiba hati aku terdetik.. perasaan takut ku menjelma semula. "Nanti kita akan test satu2 modul pelupusan dan pembangunan" teringat kata-kata dr nas yang memberi cadangan kepada aku semasa kami berempat melepak di beranda selepas kekenyang bersarapan pagi tadi..

adakah aku akan kembali ke INSTUN????!!!! Dengan siapakah aku akan pergi?

4 comments:

Titi Wangsa said...

whoa...
panjang....

gleeroom said...

Biasa la bos, ada orang cabar aku supaya dia dapat baca cerita aku nih sekurang-kurang setengah jam. aduh..

Computer Games said...

aiyo jenuh nk bace...aku xlyn lg spa Q tipu tipu..aku tgh lyn sindarella skrg hahaha...ape2 pon best gak ade unsur lawak,suspend n seram...teruskn..x saba nk bace nukilan seterusnye..

leyayusof said...

terer gak ko mengarang. aku nk cabar ko wat novel plak? buleh?